Wednesday, February 10, 2010

salam semua.selepas menjauhkan diri daripada menulis blog,tiba-tiba malam ini tangan ini rasa gatal untuk menulis.saya tak pasti sama ada orang pernah membacanya atau tidak tapi saya tahu saya menulis hanya untuk suka-suka,bukan untuk orang lain.buat kepada sesiapa yang pernah membuang masa dengan membaca tulisan yang comot bagi saya,terima kasih saya ucapkan.tiba-tiba ayat skemakan?

saya di JB,buat pengetahuan semua.Posting untuk praktikal saya ada lagi berbaki 2 minggu.sayang mahu tinggalkan JB,lagi warga HSA umumnya dan jabatan sajian dan dietetik secara khususnya.mereka semua baik-baik.harap-harap dapat turun lagi ke JB dan bertemu dengan anda semua lagi,mungkin?Insyaallah.

what a small world.percaya atau tidak ,saya bertemu muka dengan shahrul azri,kawan semasa kelas bahasa inggeris,KSI 5 tahun lalu bertempat di pasar malam di JB.pelik kan?satu negeri ,5 tahun tidak bersua,bertemu di JB.tapi benda itu tidak mustahil.saya memang mudah untuk berjumpa dengan orang yang dikenali di merata-rata tempat.itu kata Yana.

oh ya.tadi saya pergi ke wad pediatrik untuk melakukan projek untuk katering.pesakitnya adalah randy,seorang baby boy,anak orang asli,berumur 10 bulan tetapi menghidapi penyakit jantung berlubang.kesiankan,tapi randy sangat comel.kalau awak,awak dan awak semua tengok,macam tak percaya randy menghidapi penyakit seperti itu.randy memang baby yang ceria.kalau awak,awak, dan awak bercakap-cakap dengan randy si baby boy,memang dia akan membalas dengan bahasanya sendiri.randy anak tunggal,kehilangan ibu seminggu selepas dia dilahirkan disebabkan barah otak.saya lupa untuk membawa phone semasa ke wad,kalau tak,mungkin awak semua boleh lihat kecomelan randy kan??

wassalam

Wednesday, January 20, 2010

Sumpah rasa tak nak ada kat sini.Saya nak balik KL jugak walaupun tak dapat balik KT.Hari pertama memang rasa sangat-sangat boring.Sebab tak ada kerja.Boleh dikatakan hari-hari memancing ikan.Tengok jarum jam.Tunggu waktu balik.

Menunggu akan hari-hari mendatang

Hari kedua pun sama.Jadual harian memang tak berubah.Memancing ikan walaupun hasilnya tak ada.Bila pukul 5,terus pergi punch card.

Hari ketiga.Dengan bergayanya terus pergi jumpa akak-akak kat situ."Ada kerja ke kak?Saya nak tolong.Saya boring,"terus dia bagi pisau.Potong je la sayur tu walaupun senget ke,tak cukup satu inci ke,yang pasti saya ada kerja.

Hari keempat.Buat stok pula. Inche Jep ajar macam mana nak kira stok, nak updatekan stok yang masuk dan keluar,bagi susu kat patient.Ilmu baru yang saya dapat.Selepas itu,bila dah siap kira-kira stok,kemaskini data stok,terus pergi tempat penerimaan sayur.Banyak bukan main.Kena pilih-pilih sayur yang ikut standard.Selepas itu,sayur kena siap potong untuk tukang masak.Makanan semuanya kena siapkan sebelum 11.30 pagi.Potong sayur bukan hanya untuk shift pagi sahaja,tapi petang sekali.Mahunya kaki kejang,lama sangat berdiri.Mahu putus urat kaki!Tapi,saya seronok.Tengah potong sayur,pisau terkena kuku.Nasib baik.

Hari kelima.Pagi seperti biasa,buat kemaskini untuk stor harian.Kemudian,Inche Jepp bagi peluang kemaskini stok untuk stor domestik.Bila dah siap,Inche Jepp bawa masuk pula ke stor pukal.Semua stor dah masuk.Lepas ni nak buat apa pula??Bila dah tak ada kerja,dengan sengaja kaki ini bergerak ke pusat pemotongan sayur.Melampaulah pusat pemotongan.Macam pusat sembelih je bunyinya.Kalau semalam potong sayur dengan kak huda,hari ini pula dengan kak Arina,abang yang belum tahu nama,Jun sekali dan Abang Mat.Tengah-tengah potong,terkena tangan pula.Isk..terus pergi basuh dengan air.Then,akak arina datang bawa handyplast .Siap tolong balut sekali.Terharu saya.Abang Mat pun cakap,"Tinggal je la,lagipun dah tak banyak sayur tu.Tangan jangan pakai glove dulu".Bila dah cakap macam tu,terus pergi masuk bilik rehat.Bila dah bring,tolong yang lain buat central plating untuk pesakit kelas pertama.Tak tahan weyh..european diet memang sangat best!!Rasa nak makan kat situ juga.

Hari keenam.Jadual seperti biasa tapi dengan penambahan buat penyediaan diet untuk doktor yang "on-call" dan juga doktor yang buat surgeri.Hari keenam minggu ini sangat ditunggu-tunggu.Bukan sebab rehat lama.Bukan sebab dapat usha doktor yang handsome2 dekat cafe kakitangan tu.Bukan juga sebab dapat makan makanan India dekat cafe.Bukan juga sebab karipap dan nasi ayam hospital yang best.Tapi sebab esoknya hari sabtu.Hari sabtu,bermakna hari untuk tidur terbabas.

p/s Tertunggu-tunggu apa yang akan terjadi untuk minggu-minggu akan datang
.

Wassalam

Sunday, January 3, 2010

Melampau betul..atau dengan kata lain:HIPERBOLA..mana ada hepar boleh jatuh bertubi-tubi..ini bukan tempat untuk boxing ke..beg punch ke..lagi metaphor kalau heparku jatuh darah membuak-buak...HEPAR tu boleh jatuh sekali je..bagi setengah orang lah ye...tapi...ada tapi-tapi pulak..tak suspen langsung...buat setengah orang HEPAR tu boleh jatuh berkali-kali macam saya..,tapi tak adalah sampai bergolek-golek 2,3 kali..ok.Kesudahan merepek tamat disini.Tak ada motif langsung kan..Tak nak cerita banyak.Hayati sudah cukup.

Yana suka suki memanjakan saya.Tapi saya tak kisah.Saya lagi SUKA.

Lihat?Mereka gembira bukan?

p/s still ever still the best.Zettai Sukides.
Cik tedy,sori ye hazaryu tak dapat jumpa awak semalam..

Wassalam

Thursday, December 31, 2009

I did bring my qalif.Instead of doing at home,I felt like I want to be at the library while waiting for Jun.

Yeah,finally with the passion I went to downstairs with notes and journals with me.I need to finish the introduction by this morning.With no doubt.

Now,time to get my things in the bag.

Journals.Checked

Notes.Checked.

Here,it's turned.Slowly and deliberately I moved it from my bag.I put it on the table with no sound.Silently.

I clicked on the button in trying to switch it on.But,no light at all.No signs even one.What happened?Does the qalif is already broken?

I trying to checked at the bottom.Oh,GOOD!! No wonder it wont turning on .No battery in this qalif.I totally forgot to bring it this morning and the best thing...

Here's the flowering Qalif

I also forgot to bring my charger..

What a beautiful day

p/s What's wrong with me?

wassalam

n_n

Wednesday, December 30, 2009

I'm glad they picked me to be with them although I was the one who asked them to come here and brought me with them.The feeling.Yeah, yesterday I felt I want to be home.Although the place itself located was not far away from here ,I felt I just want to be home.It was nice to be here but I want to be with my kazoku.So,I decided to leave this place just a moment even one day.One day should be enough for me.

Then,from my place,we went to Jalan Tar.My aunt was looking for baju kurung.She said ,it was for new year.Yeah,at my hometown, January 1st is not known as the public holiday.I bought nothing.What I got is enough for me even though I saw one or two clothes that really catches my eyes on them.

This lovely lady really make me interested to look more and more on her.She wore baju kurung kedah with jeans.Plus her NIKON DSLR tied to her neck.Covered herself with a pair of shades, she looked rocked in her own way.Trust me.You won't wear the baju-kurung-kedah-with-corak-bunga-bunga-kecil with jean at the public.But,she didn't mind at all.What you need is comfortable.That's all.You don't need the other reasons to be such way.Just thinking of yourself.Not the others.

After this,I think I can't go lowyat ,or pertama complex or any shop that sell the phone.I can't take my eyes on that things.Because it will burdens me.

Oh no,not again!!

p/s Dreaming in reality.There'll be more and more items in my list.

n_n

wassalam

Tuesday, December 22, 2009

Letih apabila kita tak diberi ruang untuk bersuara..
Hopeless bila pandangan kita dipekakkan..
Please..
Just give me some space
So that I can breath

Teach me if I was wrong
But do not lead my life
Let me colour it by myself
That's what I ask

wassalam


Sunday, December 13, 2009

Bagi orang lain itu ganjil namanya tapi bukan untuk saya.Ketika orang lain elok menjamu makan biskut raya,saya memilih untuk mendapatkan tapai.Apabila orang yang datang sibuk untuk mengambil satay bercucuk-cucuk batang memenuhi pinggan putih itu,saya sibuk dengan rendang yang dihidangkan.Normalkan?

Dengan tiba-tiba saya merasakan perasaan itu.Ya,perasaan itu.Kembali lagi sejak 1 tahun yang lepas.Tiba-tiba saya teringin untuk menelan kek lapis.Nasib baik ada pengedar yang berdekatan.

Jika diimbas kembali,musim raya yang telah sampai ke titik akhir pada raya yang lepas.Memang pada raya tersebut saya memang tidak berapa gemar untuk menelan biskut raya walaupun almond london yang popular di rumah ke rumah.Tetapi,jika anda meletakkan tart nenas 1 kotak dihadapan saya,memang pemberian anda tidak akan bertahan selama 1 minggu.Tart nenas masih lagi boleh saya telan walaupun masih dalam mood memboikot biskut raya.Itu adalah satu kenyataan yang sememangnya terang lagi nyata dan tidak boleh dinafikan sekali-kali.

Jasa baik Sunor memang saya hargai.Dengan mendail nombor telefon dan memintanya menghantar 1 bekas biskut badam yang berbentuk hati itu ke Kg.Baru diterima olehnya dengan pelabagai persoalan didalam kepala."Buang tabiat ke budak ni?Nak makan biskut raya time raya dah habis?"Walaupun begitu,Sunor tidak menghampakan saya.Bukan 1 bekas,tidak 2 bekas malah 3 bekas biskut raya dihantarnya kepada saya.2 bekas biskut badam berbentuk hati dan 1 bekas yang cukup besaruntul biskut dimana badam-ditengah-disaluti-coklat-diluar,iaitu almond london.

Berbalik pada perasaan yang kembali lagi.Saya teringin..Ok.Pembetulan.Saya memang sangat-sangat teringin akan kek lapis.Yalah, kebiasaannya kek lapis hanya boleh didapati pada hari raya sahaja.Bukan pada waktu sebegini.Kecuali anda menetap di Sarawak yang popular dengan kek lapis sarawak yang ada pada setiap masa dan sedia untuk dibeli. Lama saya menunggu kedatangan kek itu.Sehinggakan ma menyuarakan saya untuk pergi ke Secret Recipe dan menikmati kek disana.Tidak!Walaupun nama awalan mereka adalah sama,tetapi rasa,tekstur dan 'mouthfeel' untuk kedua-dua kepingan kek tersebut adalah berbeza.Kek Lapis adalah Kek Lapis Yang Berlapis-Lapis.Bukan New York Cheese Cake.Bukan juga America Blackforest Cake.Bukan juga Tiramisu.Kek Lapis tetap Kek Lapis!


Dan hari ini saya dapat menikmati kek lapis itu.

p/s saje-saje membebel apa yang tidak patut.

wassalam


n_n

;;
Related Posts with Thumbnails